Kisah Korban
Sempena dengan Hari Raya Korban yang bakal menjelang, maka Masjid Sultan Mahmud telah menganjurkan suatu program ceramah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Hazmi bin Dibok al-Hafiz, Pegawai Hal Ehwal Islam Universiti Malaysia Pahang.
Al-Fadhil Ustaz telah menghuraikan sejarah korban Nabi Ibrahim melalui tafsiran surah Al-Soffat ayat 102-111 dengan kupasan yang menarik.
Fiqh Aulawiyat
Beliau juga menceritakan suatu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu kisah mengenai Keutamaan dalam sesuatu perkara. Ada golongan manusia yang merasakan perkara yang dilakukannya adalah betul, ibadah yang dilakukan telah lengkap sedangkan sebenarnya perkara yang dilakukan dan ibadah yang dilakukannya bukanlah menjadi sesuatu yang utama.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Pernah berlaku suatu ketika dahulu, ketika hampir suatu musim haji, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah membuat liqa' dengan orang-orang kaya arab yang setiap tahun tidak pernah miss untuk mengerjakan ibadah haji.
Dr. Yusuf meminta supaya mereka tidak menunaikan haji pada tahun tersebut, dan kos kewangan untuk menunaikan haji didermakan kepada umat Islam yang berada di Bosnia Herzovigina (Waktu itu berlaku peperangan di antara orang Islam dengan puak Serbia). Lantas di kalangan orang kaya ini ada yang menyatakan, Kami tidak mampu untuk menahan kerinduan kami kepada Baitullah. Mereka merasakan bahawa perbuatan haji mereka lebih utama daripada infaq fisabilillah, sedangkan aulawiatnya adalah sebaliknya.
Menurut kajian, hampir 70% di kalangan jemaah haji setiap tahun merupakan orang yang telah pernah menunaikan haji sebelum-sebelumnya. Hanya 30% sahaja yang baru kali pertama.
Fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment