Beberapa kisah sempena Hari Raya Qurban.
i
Tahun ini, Raya pertama Qurban jatuh pada hari rabu. Lega orang kampung, sebabnya lepas solat sunat aidil adha boleh lah mereka terus pergi menyembelih, kalau hari jumaat susah sikit, katanya tak sempat nak solat jumaat kalau sembelih lepas solat sunat hari raya.
: Waktu yang afdhal ialah setelah selesai solat sunat hari raya.
Maksud hadis Nabi :
Perkara pertama yang kami lakukan pada hari raya ini ialah bersolat kemudian balik dan menyembelih binatang qurban. Sesiapa yang melalkukan perkara tersebut telah melaksanakan sunnah kami dan sesiapa yang melaksanakannya sebelum itu maka dagingnya adalah pemberian biasa kepada ahli keluarganya dan tidak dikira ibadah Qurban. (Riwayat al-Bukhari)
ii
Bila semua orang kampung turun beramai-ramai ke tempat Qurban, bekerja dengan gembira, dengan baju yang dipakai pun sudah berbau binatang, bila tiba waktu solat khususnya waktu Zohor, masjid @ surau jadi kosong. Kesnya tok imam, tok bilal semuanya sedang sibuk melapah daging Qurban.
:tidak meletakkan perkara yang lebih utama di tempatnya.
iii
Kadang-kadang, tempat melapah daging dibuat di masjid atau surau. Ramai yang datang ke masjid dan surau tu matlamat utama mereka ialah daging qurban. Jadinya bila masuk waktu solat, ramai yang dok lepak kat luar sahaja, alasan baju kotor, termasuklah makcik-makcik yang riuh memasak untuk makan tengahari. Lebih canggih yang dok melepak tu pakai seluar pendek sambil menyandar di dinding masjid @ surau.
iv
Tukang sembelih yang paling seronok bila tiba musim qurban ini. Ada yang sampai terpaksa berebut untuk mendapatkan tukang sembelih, tukang sembelih pula tengok agak-agak kampung mana yang lagi banyak binatang qurbannya. Semakin banyak lagi dia suka. Mana taknya, penuh bonet kereta tukang sembelih dengan hasil Qurban. Dapat kepala binatang qurban, ekor..kadang-kadang sampai 3-4 kepala dia dapat bawa balik.
:Orang yang berqurban tidak harus menjual atau memberi kepada penyembelih sebagai upah menyembelih. Ini kerana perbuatan demikian adalah kecacatan yang merosakkan qurbannya. (Fiqh Manhaji).
v
alhamdulillah, rezeki melimpah ruah di tempat kita, ada kampung itu sampai 14 ekor lembu tumbang. Bayangkan..lastnya penduduk kampung dapat berguni-guni daging. tak muat peti ais, sampai berbulan-bulan daging tak habis makan. Lagi elok kita qurbankan ke tempat yang memerlukan seperti Palestin, kemboja, Patani.. depa ni beruntung sangat kalau dapat menjamah daging.
...Mudahan kita semua betul-betul dapat melaksanakan ibadah qurban selari dengan syariat Islam..
No comments:
Post a Comment