Monday, October 09, 2017

Tulisan itu terus hidup

Penyampaian secara lisan hanya dapat didengari ketika itu sahaja. Melainkan jika dirakam. Zaman silam kemudahan alat perakam sangat terbatas dan sebelum itu belum ada lagi.
Kaedah yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu ialah melalui tulisan. Sehingga kini tulisan masih memainkan peranan yang sangat penting dalam penyebaran sesuatu maklumat.
Tulisan dapat ditatap zaman berzaman. Walaupun penulisnya telah meninggal  ratusan tahun yang lalu. Namun tulisannya masih dapat ditatap.
Sampaikan pembaca abad kini, boleh berkhayal masuk ke zaman silam hanya berdasarkan tulisan yang dibaca.

Antaranya Sulalatus Salatin karya  Tun Sri Lanang yang siap ditulis pada tahun  1614.

Begitu juga tulisan Abdullah Munshi (1796-1854) yang dianggap bapa sastera melayu moden seperti Hikayat Abdullah dan Bahwa Ini Hikayat Binatang.




Saya petik dari Posting Ustaz Zainal di FB beliau : https://www.facebook.com/zainal.hassan.3
“Info sejarah Islam Pahang.
Sesi Persekolahan Pasca Pondok di Pahang 1956.

 ……….catitan ini di ambil dari buku log pengetua sek men agama al wosto.
Sessi persekolahan pada masa itu tidak sebagaiman sistem persekolahan sekarang sebaliknya mengikut kalender Islam. Sekolah mula dibuka setelah selesai menunaikan puasa ramadhan dan hari raya; cuti menyambut ramadhan agak lama sehingga hampir 2 bulan . Hari cuti umum adalah pada hari-hari kebesaran Islam sahaja. Biasanya cuti disambut selama 2 hingga 3 hari dengan di isi kan pelbagai aktiviti murid spt syarahan, musabaqah dan sukan.
Peperiksaan diadakan pada pertengahan dan di akhir tahun.
Bagi murid yang mendapat markah cemerlang mereka boleh melompat ke kelas yang lebih tinggi dari pada keputusan yang mereka dpati dipertengahan tahun,ini menyebabkan murid murid lama memberontak.Murid-murid mempunyai kebebasan untuk mengambil peperiksaan atau tidak,jika mereka tidak mampu,mereka bolah melapurkan kepada pihak sekolah mengenai perkara tersebut.
Sebelum merdeka,sekolah tidak mempunyai uniform khas,selepas merdeka pihak sekolah menetapkan bahawa pelajar lelaki mesti memakai seluar panjang hitam, baju putih lengan panjang& bersongkok hitam. Langkah ini di sukai oleh Sultan Pahang sehingga baginda mengarahkan semua pegawai kerajaan berpakaian seperti itu.
Setiap awal percutian;jamuan akan diadakan sama ada besar atau kecil mengikut kemampuan semasa,biasa wang jamuan dikutip dari murid-murid,orang kampung dan para dermawan. Murid-murid dan orang kampung diwajibkan menderma.
Disamping yuran sekolah sangat mengharapkan bantuan kerajaan, oleh di sebabkan pengetua pada masa itu menyokong pembangkang, maka wang bantuan kerajaan pernah ditarik balik menyebabkan sekolah kekurangan sumber sokongan.Pihak sekolah terpaksa membuat kutipan derma ke seluruh negeri Pahang dengan menghantar wakil pelajar di setiap kampong dan bandar. Para pelajar disuruh menunjukkan kebolehan memberi ceramah agar masyarakat tertarik untuk menderma.

CATATAN PENGETUA:
1.Sekolah dibuka semula setelah cuti selama 48 hari kerana berpuasa pada 19 Mei 1956.
2.Sekolah cuti dua hari kerana menyambut Asyura pada 15 & 16 Ogos 1956.
3.Peperiksaan Setengah Tahun bermula 8 Oct 1956
4.Cuti penggal pertama persekolahan dari 16 Oct hingga 2 Nov 1956. Hari tutup sekolah dengan jamuan pulut sempena hari Maulud, 35 gantang beras dan 04 dozen sardin.
5.Sambutan hari akhir tahun pada 22 Mac dengan menjemput Raja, jamuan 2 ekor kerbau
6.Peperiksaan akhir tahun pada 28 Mac 1957
7. Sekolah dibuka semul a pada awal mei 1957
8.Sekolah cuti lapan hari kerana hari raya haji
9. 31.8.1957, sekolah bercuti selama 3 hari sempena Malaya merdeka, dua hari sambutan di sekolah dengan mengibarkan Bendera persekutuan tanah Melayu,Bendera Pahang ,Bendera Pas dan Bendera Sekolah..”

Nampak ‘simple’ sahaja tulisan pengetua di buku log pada tahun 50an dahulu. Namun kini menjadi catatan sejarah yang sangat bernilai.


Sekolah Menengah Agama Al-Wosto

Marilah kita menulis. Tulis apa  sahaja. Semoga bermanfaat buat kita dan para pembaca. Zaman kita ruang dan peluang untuk menulis  lebih senang.  Boleh menulis di Media Sosial seperti di blog dan Facebook. Mana tahu tulisan kita yang biasa-biasa  ini menjadi bernilai ratusan tahun akan datang. Kan?.. huhu.


#PermaiMenulis




2 comments:

haziq akram said...

insya-Allah ustaz.. 👍👍

haziq akram said...
This comment has been removed by the author.