Saturday, October 21, 2017

Maahad Tahfiz di Daerah Lipis, Pahang.

Negara dikejutkan dengan Insiden Kebakaran di Darul Quran Ittifaqiah. Kemudian disusuli dengan kebakaran pusat Tahfiz Nur al-Quran, Rantau Panjang Klang.

Pelbagai andaian dan spekulasi telah diutarakan oleh pelbagai pihak sama ada pimpinan dan ramainya dari kelompok netizen.
Ada yang positif dan ada yang negatif. Ada yang membantu dan ada yang menghentam.

Ada yang suruh buka dengan penambahbaikan dan bantuan dari agensi berwajib  dan ada yang suruh tutup.

Saya merupakan alumni pelajar Maahad Tahfiz. Saya juga pernah berkerja selaku tenaga pengajar di Maahad Tahfiz. Sudah tentu Institusi Tahfiz sangat akrab dalam diri saya.

Daerah Lipis tempat saya berkhidmat, mempunyai 4 buah Maahad Tahfiz persendirian, 1 buah sekolah (SABK) aliran tahfiz (KBT), dan beberapa kelas pra tahfiz.
Memang tidak banyak jika hendak dibandingkan dengan daerah yang lain. Cuma  perkembangannya semakin memberansangkan.

Saya kongsikan Maahad Tahfiz yang berada di Daerah Lipis. 

1. Maahad Tahfiz Darul Fikri Al-Mahmudiah
Alamat : No 128 Jalan Cheneras, Kampung Tempoyang, 27200 Kuala Lipis.
Tahun Penubuhan : 2016
Pengetua : Ustaz Mohd Mahyuddin Bin Ghazali @ Razali
Telefon : 019- 9360823


 Bangunan Maahad Tahfiz Darul Fikri Al-Mahmudiah

 Program di Kuala Lumpur bersama dengan Maahad Tahfiz dari seluruh negara.


Bersama Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri Al-Mahmudiah.


2. Darul Tahfiz Bustan Usy’syaqil Quran
Alamat : Kampung Chat, 27310 Benta, Kuala Lipis
Telefon : 09-3121079
Tahun Penubuhan : 2004
Pengetua : Maulana Zawawie Al-Hafiz
Telefon : 019- 9151224

Bangunan Darul Tahfiz Bustan Usy’syaqil Quran.




Beramah mesra bersama pentadbir  Darul Tahfiz Bustan Usy’syaqil Quran.

Kenangan di pejabat  Darul Tahfiz Bustan Usy’syaqil Quran.

3. Madrasah Darul Uloom Al Islamiah.
Mudir: Ustaz Mohd Islahuddin Ahmad
Tel: 010 4186193
Tahun penubuhan : 2013



Bersama Mudir Madrasah Darul Uloom Al Islamiah.

Kenangan bersama pelajar Madrasah Darul Uloom Al Islamiah.

4.Maahad Tahfiz al-Quran wa Al-Tarbiah Al-Diniah Kg. Relong, Kuala Lipis.
Nama mudir : Hj. Zulquarnain Bin Ali
No tel : 019-9324801

 Bersama pelajar lelaki Maahad Tahfiz al-Quran wa Al-Tarbiah Al-Diniah Kg. Relong, Kuala Lipis.

 Sesi kelas hafazan pelajar perempuan Maahad Tahfiz al-Quran wa Al-Tarbiah Al-Diniah



Bangunan sementara untuk kelas hafazan pelajar perempuan di Surau Kampung Batu.


Sebuah Sekolah bawah kementerian Pelajaran yang menggunakan sistem Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) ialah  Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah Relai, Kerambit, 27200 Kuala Lipis, Pahang.
Mengikut sukatan KBT, Insya-Allah pelajar akan menamatkan hafazan 30 juz al-Quran dan mengambil SPM.
Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah Relai, Kerambit, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

 Tenaga Pengajar Kelas Tahfiz

 Sesi kelas tahfiz di Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah Relai, Kerambit.



Untuk makluman, Sekolah ini dahulunya dikenal sebagai Madrasah Al-Ittihadiah yang merupakan Maahad tahfiz tertua di negeri Pahang.
Rujuk :

Sekolah yang menjalankan kelas Tahfiz ialah :
i)Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis.
Untuk tahun ini 4 buah kelas tahfiz telah dibuka dengan seramai 83 orang pelajar. Kelas berjalan sebanyak 6 kali seminggu. Sesinya bermula jam 6.50 pagi sehingga 7.30 pagi dan 8.00 malam sehingga 9.15 malam.
Sukatan hafazan bagi tahun 1 : Juzuk 30, 1 dan 2.
Tahun 2 : Juzuk 3,4 dan 5.
Tahun 3 : Juzuk 6 dan 7.

Cerita yang berkaitan : 



ii) Kelas Mini Ulul Albab, MRSM Tun Ghazali Kuala Lipis.
Sukatannya tingkatan 1 sehingga 3 : Juzuk 30.
Tingkatan 4 dan 5 : Surah-surah pilihan.


iii) Kelas Tunas Ulul Albab, SK Kuala Lanar, Lipis.
Seramai 7 orang yang terpilih untuk Kelas  perintis tahun 2017. Sukatan : Juzuk 30.
 Di Majlis pelancaran Kelas Tunas Ulul Albab SK Kuala Lanar






Insya-Allah kita doakan semoga pusat pengajian al-Quran semakin berkembang di tempat kita.
Berilah sokongan, dokongan dan bantuan. Mohon sama-sama kita memberi sumbangan derma secara tetap (infaq bulanan)  ke mana-mana pusat tahfiz. Kalau tak nak bagi duit, nak bagi barang makanan pun sangat dialukan.
Nak bagi sumbangan perkhidmatan seperti kelas tuisyen, gunting rambut, dekorasi halaman (ibarat tukang kebun seperti mesin rumput, tanam pokok) pun boleh.
Insya-Allah besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil
#Tahfiz
#PermaiMengaji


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER


No comments: