Monday, October 23, 2017

Jom Berkuliah di Masjid dan Surau


Hari ini giliran Kuliah Saya di Surau Ar-Rahman, Bandar Baru Kuala Lipis. Berkuliah bukanlah sebab kita pandai dan hebat. Alim jauh sekali. 
Tetapi ia merupakan suatu proses belajar sama ada untuk pendengar mahupun penyampai. Di samping tuntutan menyebarkan Amar makruf Nahi Munkar. 
Seruan saya kepada golongan muda terutama lepasan pengajian Islam yang baru grad dari Universiti supaya menceburkan diri dalam dunia kuliah masjid dan surau.
Alasan tidak cukup ilmu atau tidak pandai perlu dikesampingkan. Jika kita tidak mengajar seperti di kuliah masjid dan surau  nescaya ilmu yang telah kita pelajari akan semakin menyusut. 
Pengalaman mengajar di kuliah masjid dan surau tidak sama seperti mengajar di sekolah. Auranya berbeza dan antara medium latihan untuk melatih menjadi daie yang lebih berpengalaman dan berkesan.

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

No comments: