Wednesday, October 25, 2017

Makan daging kambing gurun



Balik kampung, dihidangkan dengan lauk kari kambing gurun. Biasa makan daging kambing kambung atau kambing Boer. Kali ini merasa kambing gurun pula.
Ayah saya beli RM 30 sekilo.  Kambing gurun bela je. Bukannya asal dari gurun dekat Padang Pasir arab sana. Ataupun daerah Gurun di Kedah.

Pokoknya, daging kambing memang tip top. Kalau depan mata ada terhidang daging kambing dan ayam. Sudah pasti saya akan menerjah ke menu yang berasaskan daging kambing. 

Antara Hadis Rasululllah SAW :

i) Abu Hurairah RA berkata: “Suatu ketika dihidangkan ke hadapan Rasulullah SAW semangkuk bubur dan daging (kambing). Maka Baginda mengambil bahagian lengan (dari daging tersebut), dan bahagian itulah yang paling disenangi oleh Nabi Muhammad SAW.(HR. Muslim)

ii) Abu Hurairah RA meriwayatkan, “Rasulullah SAW  pernah disuakan dengan daging. Bahagian kaki (dari daging itu atau paha) diberikan kepada Baginda. Rasulullah SAW menyukainya, maka Baginda menggigit daging itu.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#Makan
#kambinggurun


No comments: