Saturday, October 14, 2017

Mesyuarat Agong Koperasi WI Lipis (KOWILIP)

Saya telah dijemput ke Majlis perasmian Mesyuarat agong tahunan Koperasi WI Lipis Berhad (KOWILIP). Hadir dan dijemput untuk membacakan doa. 

Koperasi biasanya menjalankan projek perniagaan yang dibiayai dan disokong oleh ahli koperasi bersama. Mungkin jika nak berniaga sorang-sorang tiada kemampuan, modal pun tak berapa ada. Maka jika berniaga dalam kumpulan dan ada organisasi yang tersusun untuk menguruskannya lebih gagah lagi perniagaan tersebut.

Lebih menarik, koperasi yang menjalankan perniagaan tidak akan dibiarkan terkapai begitu sahaja. Ada pelbagai agensi yang sedia membantu dan memberi bimbingan terutama dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad  (ANGKASA) dan Maktab Kerjasama Malaysia yang kini dikenali dengan Maktab Koperasi Malaysia. 

Bantuan yang diberikan seperti kewangan sama ada geran bantuan (tak perlu bayar semula) atau pinjaman. Kursus dan latihan kepada penggerak koperasi serta pelbagai lagi.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi pernah menceritakan, ketika zaman mudanya beliau dan rakan-rakannya pernah membuka perniagaan secara bersama dalam kumpulan. Walaupun ketika itu beliau masih lagi mahasiswa dan belum mempunyai pekerjaan dan pendapatan. Namun beliau bersemangat dan tanpa ragu join projek perniagaan tersebut yang memerlukan beliau mengeluarkan modal secara bersama.

Cuma situasi kini, Saya perhatikan kebanyakan orang tidak suka terlibat dengan aktiviti berorganisasi. Terikat katanya. Kena hadir program, datang mesyuarat, bagi komitmen, bayar yuran dan lain lagi. Mereka mahu bebas dan tidak terikat. 
Sedangkan kekuatan kita khususnya umat Islam akan kuat jika bergerak dalam kumpulan yang dipandu oleh organisasi yang tersusun.


 Ucapan Aluan dari Pengerusi KOWILIP, Puan Wan Norizan binti Wan Badaruzzaman.
Ucapan perasmian oleh Encik Khalil bin Tik, Pegawai SKM Wilayah Raub / Lipis.

 Nyanyian lagu Koperasi


Channel : https://t.me/AzraiePermai

Berminat makan Kek ?

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 
Ambil phone dan wasap ke no :

#PermaiMenulis
#Koperasi

No comments: