Wednesday, September 08, 2010

Majlis Khatam Al Quran 2010

Peserta Khatam Bergambar kenangan
Cenderamata Tajaan Masjid Sultan Mahmud

Hamper Tajaan YB Dato' Dr. Shahrom (Ahli Parlimen Lipis)













Selesai majlis khatam, bersiap untuk berbuka puasa

Iftar Jamaie peserta khatam
Alhamdulillah pada 6.9.2010 (Isnin), Majlis Khatam al-Quran Masjid Sultan Mahmud telah diadakan. Sebelum daripada ini Sesi tadarus telah berjalan pada setiap hari, sesi selepas solat subuh dan sesi jam 9.00 pagi. Peserta yang mengambil bahagian seramai 35 orang. Peningkatan yang menggalakkan berbanding tahun lepas.
InsyaAllah program tadarus ini akan sentiasa dijalankan dari masa ke semasa, antara langkah awal untuk membudayakan masyarakat dengan al-Quran.
Bila program tadarus al-Quran, kita melihat penglibatannya rata-rata tempat ialah orang perempuan yang agak dewasa (makcik-makcik, wan, nenek, opah) golongan muda dan orang lelaki kurang untuk mengambil bahagian.
Ketika kami mula menjalankan program tadarus al-Quran ini, saya ada juga mempromosi dan mengajak orang ramai untuk turut serta. Kata Seorang pakcik : ...Bukan apa, sibuk jaga cucu..
Ada yang berborak-borak di beranda masjid semasa sesi tadarus sedang berlangsung.
Antara punca orang tidak join tadarus ialah, kebanyakannya segan untuk membaca al-Quran, mereka malu nanti orang berkata mereka tidak pandai membaca al-Quran. Jatuh maruah mereka nanti. Jika sebelum ini orang pandang hebat kepada mereka, nanti tidak lagi, orang akan berkata si polan tu, cakap aje pandai..mengaji rupanya tak reti.. Tapi maruah mereka dengan Tuhan tak pula diambil kisah.. Alternatif telah disediakan, banyak kelas-kelas pengajian al-Quran dewasa yang diwujudkan, tetapi tak pula mereka mendaftarkan diri.
Ada yang berminat untuk bertadarus al-Quran sahaja. Kelas pengajian al-Quran sepanjang tahun tak nak join. Katanya masa kecil-kecil sudah belajar. Ada juga yang kata dah lama mengajar anak-anak mengaji.. Tetapi baca tunggang langgang juga.
Bagi yang bertadarus tahniah diucapkan. Cuma bila bertadarus antara isunya ialah nak mengejar khatam al-Quran. Kaedah bacaan yang bertajwid kurang dipraktikkan. Program tadarus al-Quran juga ada beberapa versi. Ada yang dibuat setiap hari, target beberapa juz sehari. Tetapi ada juga yang lagi cepat. Beberapa jam sahaja sudah khatam al-Quran. Baca betul atau tak wallahua'lam.
Cadangannya ialah, i)sentiasa melazimi membaca al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi hari-hari kita baca al-Quran. Jadikan al-Quran sebagai bacaan terutama dan terpenting yang perlu kita tunaikan setiap hari. Jika orang boleh membaca akhbar, majalah setiap hari kenapa tidak al-Quran.
ii) Sertai kelas pengajian al-Quran, kerana untuk mahir al-Quran kaedahnya kita perlu bertalaqi dengan guru.
Mudahan kita menjadi golongan yang akrab dengan al-Quran..insyaAllah.




No comments: