Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Thursday, June 08, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 18) Puasa dan Air tebu

Ketika penghujung zaman sekolah rendah  dan awal-awal  sekolah menengah dulu, pada bulan Ramadan sudah tentu malamnya sangat meriah. Hari siang semua pakat melepek, kalau segar semacam pelik je. Hmm, bukan nak tuduh tapi ramai yang tidak berpuasa.

Hari petang mengayuh ke bazar di taman perumahan. Duduk melepak (konon bantu member) berjual air tebu. Nanti dapat lah air tebu free bawak balik ke rumah sebagai hasilnya. Dapatlah berbuka dengan air tebu.
Tapi tak boleh la nak banding dengan ‘asob’ (air tebu) Mesir. Zaman saya di Mesir dulu segelas kecil hanya 25 sen, gelas besar 50 sen.. beh..beh. 100% juz ori, tak de campur gula punya.
Sampaikan di Mekah, kami jumpa kedai jual Asob. Siap perkenalkan dari Mesir. Sudah tentu harganyalah tak sama, mahal berganda. Tapi sebab Asob punya pasal kita layan juga.
Cuma, jangan selalu sangat minum air tebu dekat kedai, Sebab depa campur dengan air gula. Kebersihan pembuatnya juga perlu diperhatikan.

Air tebu di Mekah

#PermaiMenulis

#airtebu
#kiram

No comments :