Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Thursday, June 08, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 19) Solat Terawih separuh-separuh

Nak jadi cerita malam ni solat terawih separuh-separuh. Terkenang pula zaman berkelana di Mesir. Ada masanya saya pergi solat terawih di Masjid Azhar, Solat 4 rakaat sahaja di situ, kemudian sambung pula di Masjid dekat Shoubra. Kadang-kadang sambung di masjid Saidina Husin yang masih berdekatan dengan masjid Azhar.

Di Shoubra (baca daerah kediaman) masjid pun banyak dan dekat-dekat. Biasa dah solat terawih separuh  kat masjid sekian, lepas tu sambung lagi kat masjid yang lain. Ada masa tak berapa segar tu, separuhnya sambung dekat rumah je.

Siapa ada pengalaman yang sama ?, atau ada yang berminat nak try ? Boleh lah mencuba, pasti pengalamnnya menarik.

#PermaiMenulis

#terawih
#Kiram

No comments :