Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Friday, June 16, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 26) Mencari pokok sujud?


Masa sekolah rendah memang rancak bercerita pasal tajuk ni. Siap ada yang mendatangkan beberapa bukti untuk menguatkan ceritanya.
Antaranya air sungai keras membeku. Air dalam kolah jadi ais. Semua pokok turun sujud. 
Saya pun terpengaruh juga. Tengah-tengah malam keluar rumah tengok pokok. Mana tahu dapat tengok depan mata.
Majalah Mastika pun turut sama hidangkan cerita-cerita seperti itu. Mesti ramai juga lah yang macam saya agaknya. Nak tengok pokok sujud. 
Itulah antara cerita ajaib berkaitan Lailatul Qadar.
Saya rasa cerita sebegini jika betul pun berlaku tak perlu disebar luas. 
Kalau tak banyak Sabda Rasulullah dan kisah sahabat RA dah bercerita tentang kisah seperti di atas.
Lailatul Qadar yang sangat istimewa. Lebih istimewa dalam mana-mana cabutan bertuah.
Hanya Satu hari sahaja dalam setahun. 
Maka sewajarnya kita berusaha gigih untuk mendapatkannya. 
Sama macam student yang tak nak repeat paper. Maka depa akan berusaha bersungguh-sunguh supaya bukan hanya tak perlu repeat tapi nak skor 4 plate.
Begitu juga seorang yang sesok sebab masih tak dapat beli tiket untuk balik kampung. Atau diberitakan tiket telah habis. Sanggup berusaha untuk dapatkan tiket atau cara untuk balik. Biarpun kena bayar lebih.
Dari sekolah lagi kita dah biasa dengan kalam Usaha tangga kejayaan.
Maka untuk mendapatkan Lailatul Qadar sudah tentu perlu ada usaha untuk meraihnya.
Jom kita berusaha.

No comments :