Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Friday, June 23, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 32) Duit raya dari tabung masjid!

Jumaat terakhir untuk Ramadan tahun ini. Selepas jumaat terdapat beberapa ahli jemaah yang berminat untuk menukar duit dengan duit tabung masjid. Katanya susah nak bersesak di bank. Mudah tukar duit kecil dengan masjid. Nak tukar boleh, tapi kena kira sendiri,, huhu. Sama-sama bantu mengira duit tabung masjid.
Sebenarnya setiap hari jumaat ada ahli jemaah yang akan membuat tukaran duit dengan masjid. Biasanya peniaga yang memang memerlukan duit pecah.

Cerita pasal kira duit tabung. Biasanya ada 2-3 ahli jemaah tetap yang akan sama-sama bantu mengira dan menyusun duit tabung. Pastinya akhirnya nanti pihak bank akan kira juga dengan menggunakan mesin mereka.
Tadi, sambil-sambil ahli jemaah bantu. Ada juga yang mencadangkan supaya masjid beli mesin kira duit. Huhu. Setakat ini masjid dah ada mesin kira duit syiling yang dihadiahkan oleh Tabung Haji Lipis. Depa dapat mesin baru, jadi yang lamanya bagi ke masjid.
Mana tahu lepas ni, ada mana-mana bank yang nak hadiahkan mesin kira duit kertas pula. Hehe.
Kenangan semasa belajar di Maahad Tahfiz dulu, ada masanya kami akan membantu mengira duit tabung Masjid Negeri. Sudah tentu jumlahnya jauh lebih besar dari yang diperolehi oleh Masjid Daerah Lipis. Pukul 3 masih tak siap  susun lagi duit.
Makan tengahari tu, memang masjid dah taja. Biasanya nasi beriani la juadahnya.

Hari Jumaat terakhir Ramadan lebih ramai permintaan untuk menukar duit berbanding jumaat yang lain. Sebab nak buat duit raya.
Ada yang tukar Rm1, RM 5 dan RM 10. Syiling tak de yang nak. Sebab katanya budak-budak sekarang tak pandang dah syiling. Dapat RM 1 pun dah cebik mulut.
Pihak Masjid  sentiasa mempelawa sesiapa yang berminat untuk menukar duit kecil. Syaratnya minta hari jumaat dan tolong bantu kira.  
Berkenaan cerita pasal duit raya insya-Allah dalam siri yang lain kita akan tuliskan. Haha.

 Penyusun dan pengira duit tabung Masjid Sultan Mahmud hari ini. Sambil melawak depa kata : Kira banyak helaian not kertas. Tapi bagi ke masjid sikit je helaian not kertas.


#PermaiMenulis
#jumaat
#ramadan



No comments :